Friday, September 18, 2009

"The one about my Hari Raya wishes.."

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat kedua ibu bapa saya - Masarudin Mohd Yusof dan Nor Inchun Mohd Salleh, juga buat adik beradik saya yang sentiasa dirindui - Mas Affendi, Mas Afzal, Siti Nor Aiysha dan Siti Nor Atiqah. Ingatan tulus ikhlas Syawal buat kesemua sanak saudara saya di Ipoh, Perak dan Bentong, Pahang - semoga tahun ni perayaan Aidilfitri semakin meriah berbanding tahun-tahun sebelumnya. Mohon ampun maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki atas segala salah silap dan terkasar bahasa saya.

Salam Aidilfitri buat teman-teman seperjuangan yang juga menyambut lebaran di luar negara, rakan-rakan di UPM, UKM, UM terutamanya di ITMA dan Biotech. Juga kepada semua rakan taulan yang mengenali diri ini, di mana jua anda semua berada. Buat keluarga tunang saya, Hj. Ijap sekeluarga - Selamat Hari Raya Aidilfitri. Saya panjatkan keampunan atas segala kekhilafan dan kesalahan, halalkan segala makan minum dan semoga dimurahkan rezeki.

Kepada tunang saya yang sentiasa di hati, Nur Afifah - There isn't a day here that you're not in my mind. InsyaAllah, hujung tahun ini kita bertemu semua. Salam lebaran, maafkan segala salah silap sesama kita dan moga sambutan hari raya tahun ini lebih membawa erti hendaknya.

I would like to take this opportunity to wish all my blog readers and everyone a very happy Hari Raya Aidilfitri, hopefully this year's celebrations will be as festive as the years that precedes it. I would also like to ask for forgiveness following any excerpts or posts that may have offended anyone, as well as any actions on my behalf which may have been wrongdoings onto others. Thank you very much for favoring the spaces of my thoughts here, and I hope everyone has enjoyed the ride so far.

Salam Aidilfitri dari Melbourne, Australia.


-JeP

P/S : Special Aidilfitri wishes to chemoboy who's battling his current ordeal in Sheffield. I wish you a speedy recovery and renewed spirits for the coming doses. Have great fun and rekindle those wonderful Syawal memories, insyaAllah amongst the presence of PakTam and MakTam, and especially Mom as well.

4 comments:

Wa@Wawek@Siti ;) said...

Selamat Hari Raya Jeff!!! Maaf zahir batin!

Anonymous said...

Assalammualaikum Jep. Makcik sekeluarga juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Jep. Tahun ini adalah tahun yang paling sedih bagi Makcik menyambut Aidilfitri kerana inilah Aidilfitri yang pertama selepas kami kehilangan anak sulung kami Harith yang amat kami sayangi. Makcik dan Pakcik doakan semuga Jep berjaya didalam semua bidang yang Jep ceburi dan insyaallah kita berjumpa lagi di hari bahagia Jep Disember nanti.

JeP said...

Waalaikumsalam Makcik.

Salam takziah dari saya, diharapkan tahun ini sambutan raya Makcik lebih memberi makna walaupun disambut tanpa anak sulung. InsyaAllah, kami di sini sentiasa berdoa agar roh arwah berada di bawah syafaat mereka2 yang beriman padaNya.

Moga Allah berikan kekuatan pada Makcik, Pakcik and keluarga pada bulan Syawal ni. Salam lebaran untuk semua.

Anonymous said...

Hello. And Bye.